Mesyuarat Majlis Raja-Raja ditunda ke Oktober
Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu ke-258 yang sepatutnya dijadualkan berlangsung dua hari bermula esok ditangguhkan pada 27 Oktober, menurut Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
Perjumpaan dengan menteri besar dan ketua menteri pada 28 Jun, serta mesyuarat pra-majlis sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 29 Jun turut ditunda.
Menurut laman web rasmi Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu ke-259 akan diadakan pada 27 dan 28 Oktober, manakala mesyuarat pra-majlis akan diadakan sehari lebih awal.
Perjumpaan dengan menteri besar dan keteua menteri pula akan diadakan pada 25 Okt.
Kali terakhir Majlis Raja-Raja bersidang adalah semasa perbincangan khas dengan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada 16 Jun.
Ini selepas Seri Paduka menerima menghadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan ketua-ketua parti dari 9 hingga 15 Jun untuk mendengar pandangan mereka mengenai pelbagai isu menjelang penamatan darurat pada 1 Ogos.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai