Skip to main
Logo Malaysiakini

Vietnam akan terima 1 juta lagi dos vaksin dari Jepun

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Sebanyak sejuta lagi dos vaksin Covid-19 AstraZeneca sumbangan Jepun dijangka dihantar ke Vietnam pada 1 Julai dan 8 Julai, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Sebelum ini, sejuta dos vaksin itu telah dihantar pada 16 Jun dan setakat ini Jepun sudah menyerahkan dua juta dos, kata Kementerian Kesihatan Vietnam pada Selasa.

"Sumbangan vaksin itu lambang persahabatan erat antara kedua-dua negara," kata Kedutaan Jepun di Vietnam dalam satu kenyataan pada 25 Jun.

-Bernama