HRW: Dasar k'jaan sukarkan akses vaksin pada kumpulan terpinggir
Ketika Malaysia menggesa Bank Dunia membangkitkan isu kesaksamaan dalam pengagihan vaksin, dasar negara itu sendiri menghalang pekerja asing, pelarian dan individu tidak berdokumen daripada menerima vaksin, kata Human Rights Watch (HRW).
Dalam satu kenyataan hari ini, kumpulan hak asasi manusia yang berpangkalan di AS itu berkata kerajaan harus memberikan komitmen yang tegas untuk memastikan kumpulan yang terpinggir menerima vaksin.
HRW berkata tidakan tegas kerajaan terhadap pendatang tanpa izin menenggelamkan suaranya dalam gesaan terhadap isu kesaksamaan pengagihan vaksin di kalangan negara terlibat.
"Ancaman penangkapan dan kemungkinan pengusiran pendatang tanpa izin akan memaksa mereka yang ketakutan untuk terus bersembunyi, membiarkan mereka berisiko dijangkiti Covid-19 dan menyebarkannya kepada orang lain," kata penasihat undang-undang HRW di Asia, Linda Lakhdhir.
"Sekiranya Malaysia ingin menjadi suara yang efektif untuk kesaksamaan vaksin global, ia harus memastikan bahawa semua yang berada di negara itu dapat mengakses vaksin Covid-19 dengan selamat," katanya.
Pada 11 Februari, kerajaan berkata semua warga asing yang tinggal di Malaysia, termasuk pelajar, dan pendatang yang tidak memiliki dokumen, layak mendapat vaksin Covid-19 secara percuma.
Pada 17 Februari, Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan menangkap pendatang tanpa izin yang datang untuk menerima vaksin.
Namun, kerajaan kemudiannya mula membanteras pekerja asing yang tidak memiliki dokumen sah.
Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin menegaskan awal bulan ini bahawa kerajaan menangkap pendatang tanpa dokumen untuk membantu mereka mendapat vaksin dan "melindungi kepentingan rakyat Malaysia".
HRW berkata risiko penyebarkan Covid-19, seperti yang dibuktikan setelah pihak berkuasa menahan pendatang tanpa izin pada Mei 2020, menyebabkan lonjakan kes di depoh imigresen.
"Syarat dokumentasi juga mencegah anggota daripada masyarakat terpinggir ini menerima vaksin," kata HRW.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai