Skip to main
Logo Malaysiakini

Petunjuk dapati pandemik kembali memburuk

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Beberapa petunjuk menunjukkan keadaan Covid-19 di negara ini semakin teruk walaupun “sekatan pergerakan penuh” telah berlangsung kira-kira sebulan.

Sekatan pergerakan penuh bermula 1 Jun berkesan membendung kenaikan kes pada peringkat awal tetapi kehilangan momentum selepas itu.

Kadar kebolehjangkitan misalnya meningkat melebihi 1.0 untuk kali pertama sejak 5 Jun.

Setakat semalam, menurut Kementerian Kesihatan, kadar kebolehjangkitan berada pada tahap 1.04.

Untuk mengurangkan kes harian, kadar ini mesti berada pada tahap 1.0.

Pada Mei, angka itu berada pada tahap tinggi, iaitu 1.14.

Bagaimanapun, selepas perintah kawalan pergerakan ketiga, diikuti sekatan pergerakan penuh (fasa 1) bermula 1 Jun, ia mencatatkan penurunan.

Kadar kebolehjangkitan berada pada tahap 1.07 selepas sekatan pergerakan penuh dan menurun kepada 1.0 selepas seminggu.

Bagaimanapun, ia merosot pada pertengahan Jun dan kemudian meningkat kembali.

Petunjuk-petunjuk lain juga menunjukkan keadaan yang semakin buruk.

Sekatan pergerakan penuh pada mulanya berjaya mengekang pertambahan jumlah pesakit di unit rawatan rapi. Angkanya turun sehingga 900.

Angka ini bagaimanapun meningkat kembali minggu lepas.

[Baca berita asal]