Melaka benarkan solat Jumaat mulai esok
Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) membenarkan kehadiran maksimum 250 orang jemaah bagi solat Jumaat di tujuh masjid kerajaan iaitu masjid yang berada di bawah pentadbiran agensi itu, berkuat kuasa esok.
Pengarahnya Datuk Che Sukri Che Mat berkata bagi masjid kariah dan masjid institusi pula, ketetapan dibenarkan adalah 100 orang jemaah manakala untuk surau, had bilangan masih dikekalkan iaitu 50 orang.
“Jumlah maksimum bagi untuk solat fardhu lima waktu berjemaah dan solat jenazah pula masih kekal 12 orang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Katanya jumlah maksimum yang ditetapkan tidak termasuk pemantau daripada agensi penguat kuasa dan JAIM.
“Ahli Jawatankuasa masjid dan surau yang dibenarkan hadir diingatkan agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan dalam pekeliling JAIM Bil. 11/2021,” katanya.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai