Annuar: Parkir percuma di bahu jalan KL hingga Hari Merdeka
Tempat letak kenderaan di bahu jalan di Kuala Lumpur akan disediakan percuma sehingga Hari Merdeka, kata Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa.
"Pengguna tidak perlu bayar apa apa dan diharap penjimatan itu dapat digunakan untuk membeli barang keperluan keluarga," kata Annuar di Twitter.
Secara rasmi, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) belum membuat sebarang pengumuman mengenai perkara ini.
Selain DBKL, ada inisiatif serupa oleh Majlis Bandaraya Kota Bharu sejak 1 Jun.
Walau bagaimanapun, ini berlaku kerana di Kota Bharu para petugas parkir tidak disenaraikan sebagai "perkhidmatan penting".
Ia menghalang syarikat swasta untuk menggunakan petugas parkir.
Rata-rata pengguna Twitter menyambut baik pengumuman Annuar.
Bagaimanapun, terdapat pihak yang mengkritik bahawa tempat letak kenderaan tidak banyak digunakan ketika ini kerana sekatan pergerakan yang masih berkuat kuasa.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai