Pasukan vaksin bergerak percepat program imunisasi di S'wak - Abang Jo
Pasukan 'Mobile Outreach' untuk program vaksinasi Covid-19 di Sarawak berjaya mempercepatkan proses vaksinasi di negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bermula di Sarawak awal Mac lepas, pasukan itu telah digerakkan di kawasan pedalaman dan pinggir bandar di seluruh negeri bagi membantu untuk melancarkan program berkenaan.
Jelasnya usaha itu juga melibatkan kerjasama pelbagai pihak termasuk Kementerian Kesihatan (KKM), wakil rakyat, swasta dan korporat.
“Ini membolehkan rakyat disuntik tanpa perlu ke tempat lain. Mereka yang uzur dan mungkin sukar untuk bergerak juga diberikan suntikan oleh pasukan ini secara terus di rumah mereka.
“Pendekatan ini pasti menghasilkan kejayaan untuk kita capai sasaran kita memberi vaksin kepada 80 peratus penduduk Sarawak menjelang Ogos,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas melawat pusat pemberian vaksin (PPV) di Dewan Serbaguna Datuk Daud Abdul Rahman di Kuching hari ini.
Setakat semalam 1,151,744 individu telah menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 di Sarawak.
- Bernama
Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai