Skip to main
Logo Malaysiakini

Menteri: Semua kerja pembinaan dihentikan di kawasan PKPD S'gor, KL

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Semua kerja pembinaan dan yang berkaitan dalam kawasan PKPD di Selangor dan Kuala Lumpur perlu dihentikan, maklum Menteri Kerja Raya Fadillah Yusof.

"Ini bermakna surat kebenaran Miti yang telah diterima, tidak boleh digunakan untuk meneruskan kerja pembinaan sepanjang tempoh PKPD.

"Namun pengecualiaan diberikan kepada kerja-kerja penyelenggaraan, pembaikan dan pendawaian yang bersifat kritikal dibenarkan berdasarkan janji temu.

"Bagi menjalankan kerja-kerja di atas, pihak yang terlibat boleh mendapat kebenaran dari balai polis terdekat," katanya pada satu kenyataan hari ini.

Majlis Keselamatan Negara pada 1 Julai lalu memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di mukim-mukim di Selangor dan beberapa lokaliti di Kuala Lumpur selama 14 hari bermula 3 hingga 16 Julai.

Keputusan itu dibuat melalui perbincangan pelbagai agensi serta berdasarkan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Berikut adalah apa yang boleh dan tak boleh dibuat sepanjang penguatkuasaan PKPD ini.

SOP ini terpakai bagi pelaksanaan PKPD di mukim-mukim di Negeri Selangor dan lokaliti-lokaliti di WP Kuala Lumpur. Maklumat terperinci mengenai SOP boleh dirujuk di laman sesawang MKN di https://www.mkn.gov.my