Skip to main
Logo Malaysiakini

Annuar jangka KL, Labuan kembali normal menjelang Ogos

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa menjangkakan keadaan kembali normal pada bulan Ogos kerana kadar vaksinasi yang tinggi.

Ini kerana sebilangan besar penduduk di kedua wilayah ini telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19, katanya kepada wartawan di Bandar Tun Razak, lapor Utusan Malaysia.

“Insya-Allah menjelang akhir bulan ini, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan akan mencapai 80 peratus menerima dua dos.

“Semoga dengan itu mereka yäng sudah menerima dua dos diharap boleh bergerak lebih bebas dan selamat untuk menjalankan aktiviti ekonomi, beribadat di masjid, bersenam dan riadah dan lain-lain dengan mematuhi SOP (prosedur operasi standard) tertentu.

“Mulai Ogos saya meramalkan Wilayah Persekutuan mula kembali kepada normal secara berperingkat, berkat kesabaran dan kebersamaan kita warga Wilayah,” katanya.

Setakat malam tadi, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) melaporkan 100 peratus penduduk Kuala Lumpur dewasa telah mendaftar untuk vaksinasi sementara 61 peratus telah menerima dos pertama mereka.

Penduduk Kuala Lumpur dianggarkan seramai dua juta orang.

Bagi Labuan, kadar pendaftaran telah mencapai 84.8 peratus manakala 35.7 peratus telah menerima dos pertama mereka.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.