Skip to main
Logo Malaysiakini

6,658 kes baru, lebih 3,000 di Selangor

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 6,658 kes Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam.

Daripada jumlah itu, Selangor terus merekodkan angka tertinggi iaitu sebanyak 3,047 kes baru.

KKM juga memaklumkan sebanyak 107 kematian direkodkan hari ini. Ini merupakan kali keenam angka kematian direkodkan lebih 100 kes sehari.

Berikut maklumat utama wabak Covid-19 hari ini:

  • Pesakit sembuh: 5,677
  • Kes baru: 6,658
  • Pesakit dalam ICU: 892
  • Pesakit perlu bantuan pernafasan: 443
  • Kematian: 107

Situasi di Selangor dilihat bertambah buruk sejak dua minggu lalu. Kali terakhir negeri itu mencatatkan lebih daripada 3,000 kes adalah sebulan yang lalu.

Kematian

Sebanyak 107 kematian yang dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan angka korban Covid-19 meningkat kepada 5,327 orang.

Kes kematian melibatkan 51 di Selangor, diikuti Kuala Lumpur (21), Negeri Sembilan (11), Johor (6), Kedah (5), Pahang (5), Melaka (4), Sabah (1), Sarawak (1), Perak (1) dan Labuan (1).

Untuk maklumat lanjut mengenai kes kematian, layari laman penjejak Covid-19 Malaysiakini.

Kluster

Sebanyak 19 lagi kluster baru dikenal pasti hari ini, menjadikan jumlah kluster aktif pada masa ini sebanyak 871 kluster.

Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 2,030 kluster.

Sebanyak 16 kluster baru adalah dalam kategori tempat kerja, diikuti dengan dua kluster komuniti dan satu kluster pusat tahanan.

Pecahan setiap negeri:

  • Selangor : 3,047 kes
  • WPKL : 616 kes
  • Johor : 414 kes
  • Sabah : 322 kes
  • Sarawak : 361 kes
  • Negeri Sembilan : 699 kes
  • Pulau Pinang : 142 kes
  • Kelantan : 89 kes
  • Perak : 101 kes
  • Kedah : 145 kes
  • Melaka : 345 kes
  • Pahang : 200 kes
  • Terengganu : 51 kes
  • WP Labuan : 108 kes
  • WP Putrajaya : 16 kes
  • Perlis : 2 kes


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.