Polis siasat Mahfuz didakwa langgar SOP
Polis Kedah menyiasat dakwaan Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar selepas gambarnya dikatakan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara Fasa 1.
Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu pada jam 11.36 malam tadi.
Sehubungan itu katanya, siasatan awal mendapati beberapa keping gambar dimuat naik oleh pengguna Facebook yang memaparkan ahli parlimen itu terlibat dalam program bantuan dan kelihatan tidak mematuhi SOP yang ditetapkan.
"Kes masih dalam tindakan penyiasatan polis dan disiasat di bawah peraturan 11 (1), Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalang Penyakit Berjangkah ( Langkah-langkah di dalam kawasan jangkitan) (No.4) 2021 atas kesalahan berkumpul di tempat awam dan Peraturan 17 (1) kerana tidak memakai pelitup muka dan tidak menjaga penjarakan sosial.
"Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat kanan, ASP Muhammad Ilham Icha Luther di talian 0192883428," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Terdahulu, beberapa gambar Mahfuz tular di media sosial dengan dakwaan melanggar SOP ketika program tersebut.
Sementara itu Mahfuz ketika dihubungi berkata, pihak polis belum menghubunginya dan bersedia memberikan bekerjasama.
Pemimpin Amanah itu juga berharap tindakan terhadapnya boleh diambil seperti orang lain.
"Saya tidak mahu orang mengatakan bahawa saya mendapat layanan istimewa kerana saya adalah ahli parlimen dan bekas timbalan menteri.
"Jadi, cepatkan kes. Sekiranya ada keperluan untuk membayar kompaun, nyatakan berapa," katanya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai