Skip to main
Logo Malaysiakini

7,654 kes baru, situasi di Lembah Klang semakin buruk

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 7,654 kes Covid-19 baru dikesan.

Kes aktif Covid-19 telah meningkat ke tahap tertinggi sejak 13 Jun dan berada pada pola menaik dalam tempoh 12 hari lalu.

Turut membimbangkan, rekod baru dicatat untuk jumlah pesakit Covid-19 yang disahkan yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes aktif: 72,201
Pesakit di ICU: 943
Pesakit memerlukan bantuan pernafasan: 450

Kes baru berdasarkan negeri:

Selangor (3.260)
Kuala Lumpur (1,550)
Negeri Sembilan (698)
Kedah (337)
Johor (313)
Sarawak (286)
Melaka (230)
Sabah (225)
Pulau Pinang (185)
Pahang (180)
Kelantan (118)
Perak (94)
Labuan (82)
Terengganu (61)
Putrajaya (33)
Perlis (2)

Lembah Klang (Selangor, Kuala Lumpur dan Putrjaya) menyumbang 63.3 peratus kes baru.

Kuala Lumpur (1,550) mencatat rekod tertinggi yang baru.

Sehingga semalam, nilai R untuk negara telah mencapai 1.07. Nilai R lebih 1.00 menunjukkan bahawa penyebaran Covid-19 semakin cepat.

Kawasan dengan nilai R kurang 1.00 adalah Johor, Kelantan, Labuan, Negeri Sembilan, Perak, Terengganu dan Sarawak.

Kematian

Sebanyak 103 kematian baru yang disebabkan oleh Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah korban keseluruhan menjadi 5,677.

Selangor (43) melaporkan kematian terbanyak diikuti oleh Kuala Lumpur (18), Negeri Sembilan (12), Johor (9), Kelantan (6), Pahang (4), Melaka (3), Sarawak (2), Kedah (2 ), Perak (1), Sabah (1), Pulau Pinang (1) dan Labuan (1).

Terdapat 12 korban yang dinyatakan meninggal dunia ketika tiba di hospital.

Kluster

Kementerian Kesihatan memantau 852 kluster Covid-19 yang aktif. Angka ini secara beransur-ansur berkurang sejak mencapai tahap tertinggi (887) pada 29 Jun.

Kluster Covid-19 dianggap telah tamat sekiranya tidak ada kes baru yang dikaitkan dengan kluster itu dalam 28 hari.

Walau bagaimanapun, terdapat 21 kluster baru yang diklasifikasikan hari ini, 11 daripadanya berkaitan dengan pekerjaan sementara 10 berkaitan dengan penularan komuniuti.

Tapak Bina Damanlela 2
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Kuala Lumpur
Daerah: Kepong
Jumlah yang dijangkiti: 630 daripada 2.225 yang disaring

Bukit Kiara
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Kuala Lumpur
Daerah: Kepong
Jumlah yang dijangkiti: 16 daripada 38 disaring

Pasar Razak Mansion
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Kuala Lumpur
Daerah: Lembah Pantai dan Cheras
Jumlah yang dijangkiti: 12 daripada 67 disaring

Industri Lorong Senawang Empat
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Negeri Sembilan
Daerah: Seremban dan Port Dickson
Jumlah yang dijangkiti: 324 daripada 1,001 disaring

Industri Perai Lima
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Pulau Pinang, Perak dan Kedah
Daerah: Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Utara, Kerian, Larut, Matang, Selama, Baling, Bandar Baharu, Kota Setar, Kuala Muda, Kulim, Paandg Terap, Penandg dan Yan
Jumlah yang dijangkiti: 182 daripada 3,860 disaring

Syarikat Prai
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Pulau Pinang
Daerah: Seberang Perai Tengah
Jumlah yang dijangkiti: 6 daripada 26 disaring

Agora Borneo
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Sabah
Daerah: Kota Kinabalu
Jumlah yang dijangkiti: 26 daripada 133 disaring

Batu Tiga Bakri
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Johor
Daerah: Muar
Jumlah yang dijangkiti: 19 daripada 57 disaring

Jalan Baldwin Tiga
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Perak
Daerah: Batang Padang dan Kampar
Jumlah yang dijangkiti: 39 daripada 294 disaring

KK 6/2 Kubang Kerian
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Kelantan
Daerah: Kota Bharu
Jumlah yang dijangkiti: 8 daripada 27 disaring

Jalan Cempaka Ampang
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Selangor
Daerah: Hulu Langat
Jumlah yang dijangkiti: 25 daripada 84 disaring

Panjang Sari
Kategori: Komuniti
Negeri: Johor
Daerah: Muar
Jumlah yang dijangkiti: 17 daripada 41 disaring

Jalan Kolam Ikan Kluang
Kategori: Komuniti
Negeri: Johor
Daerah: Kluang
Jumlah yang dijangkiti: 22 daripada 26 disaring

Jalan Sagang
Kategori: Komuniti
Negeri: Sarawak
Daerah: Bau
Jumlah yang dijangkiti: 30 daripada 55 disaring

Sungai Sengkabang
Kategori: Komuniti
Negeri: Sarawak
Daerah: Subis
Jumlah yang dijangkiti: 58 daripada 210 disaring

Parit Sebelas
Kategori: Komuniti
Negeri: Selangor
Daerah: Sabak Bernam
Jumlah yang dijangkiti: 18 daripada 40 disaring

Pondok Tanjung
Kategori: Komuniti
Negeri: Perak
Daerah: Larut, Matang, Selama dan Kerian
Jumlah yang dijangkiti: 17 daripada 26 disaring

Kampung Gong Kulim Tengah
Kategori: Komuniti
Negeri: Kelantan dan Terengganu
Daerah: Pasir Puteh, Bachok dan Besut
Jumlah yang dijangkiti: 16 daripada 92 disaring

Kampung Kerpal
Kategori: Komuniti
Negeri: Pahang
Daerah: Rompin
Jumlah yang dijangkiti: 9 dari 268 disaring

Kampung Perwira
Kategori: Komuniti
Negeri: Kelantan
Daerah: Tanah Merah
Jumlah yang dijangkiti: 11 daripada 19 disaring

Pagar Langat
Kategori: Pusat Tahanan
Negeri: Selangor
Daerah: Kuala Langat
Jumlah yang dijangkiti: 13 daripada 30 disaring

[Laporan penuh menyusul]