Skip to main
Logo Malaysiakini

MyCARE hantar 10 trak konvoi makanan ke Gaza

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

NGO kemanusiaan Humanitarian Care Malaysia(MyCARE) menghantar 10 trak konvoi bantuan pek makanan bernilai RM500,000 ke Gaza, Palestin.

Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE, Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata, bantuan 4,000 pek makanan itu diagihkan di Gaza kepada 24,000 penduduk.

Aid food convoy ini telah dilaksanakan dalam masa satu hari dan jumlah agihan untuk aid food convoy ini berjumlah RM500,000.

“Proses konvoi ini telah mendapat kerjasama dari Kementerian Dalam Negara Gaza dan Kementerian Hal Ehwal Sosial Gaza serta polis tempatan,” katanya.

Menurut Kamarul, sehingga kini, MyCARE mengumpulkan dana RM 6,190,869.

Daripada jumlah itu, katanya, bantuan bernilai RM2.2 juta diagihkan berperingkat melibatkan pek makanan, perubatan, dan kelengkapan rumah seperti tilam, bantal dan projek infrastruktur.

Sementara itu, Kamarul Zaman berkata, pihaknya juga sedang menjalankan projek jangka panjang membina semula infrastruktur di Gaza dan rumah penduduk yang hancur dibedil Zionis.