Skip to main
Logo Malaysiakini

Vaksin kampung

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Di Sabak Bernam, Selangor, sebanyak 51.5 peratus penduduk mendaftar untuk program vaksinasi Covid-19.

Namun, dengan program mobile outreach, dijangkakan 80 peratus daripada 128,615 penduduk di kawasan ini mampu diberi suntikan dos pertama vaksin tersebut.

Program ini mengutamakan mereka yang kurang upaya atau uzur, seperti tidak mampu berjalan, menghidap kanser atau terlantar di atas katil.

Mereka akan diberikan suntikan di rumah masing-masing.

“Mereka ini orang yang perlu dilindungi untuk mendapatkan vaksin untuk mengurangkan komplikasi Covid19, dan mengurangkan kemasukan ke hospital,” kata pegawai kesihatan daerah Sabak Bernam Dr A L Liza Abdul Latip.

“Memandangkan perjalanan sekitar Sabak Bernam dari hujung ke hujung mengambil masa 30-45 minit, mereka yang mempunyai masalah logistik bas dan teksi tidak banyak terpaksa menunggu orang lain untuk mengambil ke bandar, kami membantu pergi ke rumah dan menyuntik.”

Setakat ini sebanyak 226 orang telah didaftar melalui program ini.

Pasukan vaksinasi bergerak ini mampu menziarahi 10 ke 15 rumah sehari.

Mereka akan bersama penerima vaksin selama 15 hingga 30 minit untuk memantau reaksi kesihatan selepas suntikan.

Program ini dilaksanakan bersama oleh Pejabat Daerah Sabak Bernam dan Pejabat Kesihatan Daerah serta disokong oleh Agensi Jawatankuasa Bencana serta ahli parlimen Sabak Bernam Fasiah Fakeh.

Pegawai kesihatan memberikan vaksin kepada pesakit di Kampung Parit Baru, Sabak Bernam.

Peralatan yang digunakan dalam proses vaksinasi.

Pegawai kesihatan melakukan persiapan dan mengumpul maklumat sebelum memberikan vaksin di Kampung Parit Baru, Sabak Bernam


Pegawai kesihatan memberikan vaksin kepada pesakit di Kampung Parit Baru, Sabak Bernam

 Pegawai kesihatan memeriksa maklumat dan membuat pemantauan selama 15 hingga 30 minit setelah memberi vaksin di Kampung Parit Baru, Sabak Bernam.

Pegawai kesihatan sedang mengambil maklumat sebelum memberikan vaksin di Kampung Parit Baru, Sabak Bernam.

Pegawai kesihatan memberikan vaksin kepada pesakit di Kampung Parit Baru, Sabak Bernam

Pegawai kesihatan sedang memeriksa maklumat dan membuat pemantauan selama 15 hingga 30 minit setelah memberi vaksin di Kampung Parit Baru, Sabak Bernam

Pegawai kesihatan memberikan vaksin kepada pesakit warga emas di Kampung Parit Baru, Sabak Bernam

Kumpulan vaksin bergerak terdiri dari lima orang pegawai

Kriteria utama program ini kepada mereka yang uzur di mana tidak mampu berjalan, penyakit kanser dan terlantar di atas katil lama