Skip to main
Logo Malaysiakini

PMO nafi Muhyiddin akan mengadap Agong lepas Umno tarik sokongan

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Pejabat Perdana Menteri (PMO) menafikan dakwaan bahawa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan mengadakan pertemuan dengan Yang Di-Pertuan Agong.

Ini susulan pengumuman Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi bahawa partinya menarik sokongan terhadap Muhyiddin.

PMO menanggapi banyak laporan mengenai pertemuan yang dikatakan, mengatakan bahawa ia adalah "berita palsu".

Sehingga kini, Yang Di-Pertuan Agong belum menunjukkan akan campur tangan dalam pergolakan politik semasa.

Muhyiddin juga tidak kelihatan bahawa dia akan berundur begiru saja.

Peguam Negara Idrus Harun awal hari ini menyatakan tiada fakta jelas menunjukkan Muhyiddin kehilangan kepercayaan majoriti anggota Parlimen.

Dia mengatakan ini kerana majoriti Muhyiddin mesti ditentukan oleh Ahli Parlimen dan bukan pendirian parti.

Umno mempunyai 38 Ahli Parlimen tetapi tidak semua bersetuju dengan tindakan Zahid untuk menarik diri dari kerajaan PN.

Namun, dengan Muhyiddin hanya mempunyai empat majoriti di parlimen, sebilangan kecil daripada 38 ahli parlimen Umno menukar sokongan sudah cukup untuk menjatuhkan kerajaan PN.