Skip to main
Logo Malaysiakini

PH: Sekarang bukan masa sesuai untuk pilihan raya

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Pakatan Harapan (PH) berpendirian bahawa sekarang bukan masa sesuai untuk mengadakan pilihan raya umum, pilihan raya negeri atau pilihan raya kecil berikutan jumlah kes Covid-19 yang masih tinggi dan prasarana kesihatan awam yang semakin tertekan.

Majlis Presiden PH dalam kenyataan hari ini berkata justeru itu, PH akan terus memberi fokus kepada usaha menyelesaikan masalah rakyat, pengurusan krisis Covid-19 dan program vaksinasi yang lebih pantas.

"PH juga beri fokus kepada langkah-langkah menghidupkan semula ekonomi negara yang lebih baik melalui dasar yang diteliti dan diumum oleh jawatankuasa PH.

"Kita perlu memberi lebih banyak tumpuan kepada usaha menyelamatkan nyawa dan ekonomi rakyat ekoran krisis Covid-19 yang kian meruncing, berbanding terus berpolitik demi jawatan dan habuan," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu ditandatangani oleh Presiden PKR Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

- Bernama