Skip to main
Logo Malaysiakini

NGO pelbagai agama kumpul dana untuk peralatan hospital

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Pelbagai pertubuhan agama menggerakkan kempen mengumpul dana untuk membekalkan peralatan dan keperluan hospital.

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) berkata kempen itu disokong oleh 20 NGO, antaranya Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (Accin) dan Pertubuhan Buddhist Tzu-Chi Malaysia.

Presiden Abim Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, kempen itu digerakkan berikutan kekurangan peralatan perubatan untuk menampung kes Covid-19 yang semakin banyak.

“Dalam masa sama petugas barisan hadapan semakin hari semakin penat disebabkan kekurangan tenaga kerja,” jelas Faisal.

Tambahnya lagi, kekurangan peralatan perubatan dan ruang hospital menyebabkan sistem kesihatan negara boleh lumpuh pada bila-bila masa.

Setakat ini, kata Faisal, mereka membekalkan peralatan di beberapa hospital seperti Hospital Kuala Lumpur, Hospital Ampang, Hospital Selayang dan Hospital Klang.

Katanya, antara peralatan diberikan adalah ventilator ICU, ventilator mudah alih, high flow nasal cannula, katil hospital, katil ICU, pam picagari, pam infusi dan pelitup muka N95.

Sumbangan boleh dibuat antaranya melalui pautan ini: https://jomsedekah.com/donations/supportfrontliners/

Penderma juga boleh menghubungi exco Abim merangkap ketua pengarah operasi Global Peace Mission Malaysia (GPM) Syahrir Azfar Saleh di talian ini: 013-2226057.