Nekad terjun Sungai Golok, tinggal ganja bernilai RM12,500
Seorang lelaki bertindak melarikan diri dengan terjun ke dalam Sungai Golok dan meninggalkan lima kilogram (kg) dadah jenis ganja bernilai RM12,500 selepas diserbu polis di pangkalan haram Pos Man, Rantau Panjang kira-kira jam 8 malam tadi.
Tindakan nekad lelaki itu dilakukan selepas pihak polis menyerbunya ketika dia berada di bawah sebuah pondok dengan satu kotak berwarna coklat dalam keadaan mencurigakan ketika rondaan dilakukan.
Pegawai Pemerintah Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA7), Superintendan Azhari Nusi berkata, pihak berkuasa telah membuat pemeriksaan ke atas kotak yang ditinggalkan selepas lelaki itu melarikan diri setelah menyedari kehadiran pihak berkuasa.
“Selepas lelaki itu terkejut dan mengambil tindakan untuk terjun ke Sungai Golok dan meninggalkan kotak tersebut, pihak polis membuat pemeriksaan ke atas kotak itu.
“Hasil pemeriksaan telah menjumpai lima paket ganja lima kg dan satu unit picagari yang disyaki diseludup dari negara jiran melalui jalan yang tidak diwartakan untuk diedarkan ke pasaran tempatan,” katanya pada satu kenyataan media, hari ini.
Menurut Azhari, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk siasatan dan laporan lanjut.
“Pihak berkuasa merampas kesemua barang rampasan dan membawa ke Pejabat Narkotik Daerah Pasir Mas untuk membuat laporan polis bagi tindakan lanjut,” katanya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai