Skip to main
Logo Malaysiakini

Rekod 9,353 kes, jumlah korban lepasi 6,000 kematian

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Kes baru Covid-19 hari ini mencatat peningkatan berbanding semalam - yang sudah pun merupakan rekod tertinggi - dengan 9,353 kes baru.

Selangor terus melaporkan lebih 4,000 kes untuk tiga hari berturut-turut. Kuala Lumpur pula dengan lebih lebih 1,000 kes baru untuk lima hari berturut-turut.

Melaka juga menunjukkan peningkatan drastik dengan 835 kes baru. Rekod tertinggi di negeri itu adalah pada 28 Mei lalu dengan 380 kes.

Sementara itu, 87 lagi kes kematian hari ini dilaporkan menjadikan jumlah korban keseluruhan seramai 6,607 orang.

Seramai 959 pesakit dirawat di ICU dengan 451 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Status ringkas Covid-19:

  • Kes sembuh= 5,910
  • Jumlah kes sembuh= 737,103
  • Kes baharu positif= 9,353 (11 import)
  • Jumlah positif= 827,191
  • Kes kematian= 87
  • Jumlah kes kematian= 6,067
  • Kes dirawat di ICU= 959
  • Bantuan alat pernafasan= 451

Berikut adalah pecahan kes baru mengikut negeri:

  • Selangor : 4,277
  • Kuala Lumpur: 1,398
  • Melaka: 835
  • Negeri Sembilan: 638
  • Johor: 399
  • Kedah: 364
  • Sarawak: 352
  • Sabah: 251
  • Pahang: 247
  • Pulau Pinang: 180
  • Perak: 145
  • Kelantan: 89
  • Labuan: 85
  • Terengganu: 50
  • Putrajaya: 39
  • Perlis: 4


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.