PAS Selangor nafi arah ahli parti bela PN dalam undian Facebook Najib
PAS Selangor hari ini menafikan mereka memberi arahan supaya ahli parti yang memiliki akaun Facebook mengundi mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN) melalui undian yang dijalankan di laman sosial Najib Razak.
Setiausaha Perhubungan PAS Selangor, Roslan Shahrir Mohd Shahir, ketika dihubungi mengesahkan parti itu tidak mengeluarkan sebarang arahan seperti mesej yang tular di media sosial.
"PAS Selangor tak pernah keluar arahan," katanya ringkas ketika dihubungi Malaysiakini.
Terdahulu tular satu tangkap layar di media sosial kononnya arahan daripada Penerangan PAS Selangor supaya ahli parti itu masuk beramai-ramai ke ke Facebook Najib dan memberi undi yang memihak kepada PN.
Undian itu dimuat naik Najib petang semalam. Soalan yang dikemukakan bekas perdana menteri itu ialah: Adakah kerajaan PN gagal mengurus Covid-19 dan gagal mengurus kesejahteraan hidup rakyat?
Hanya dua pilihan yang sediakakan iaitu "gagal" atau tak gagal".
Tangkap layar yang dilihat Malaysiakini turut disertakan pautan Facebook Najib.
Setakat berita ini ditulis lebih 262,000 undian direkodkan. Daripada jumlah itu 78 peratus berpendapat PN gagal menguruskan Covid-19 dan kesejahteraan rakyat berbanding hanya 22 peratus memilih kerajaan "tak gagal."
Undian itu dijadual berakhir Jumaat ini.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai