Skip to main
Logo Malaysiakini

8,574 kes baru: 102 lagi kematian

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 8,574 kes Covid-19 baru yang menurun di bawah 9,000 kes pertama kalinya dalam empat hari.

Bagaimanapun, jumlah jangkitan baru di Selangor tetap meningkat. Negeri itu menyaksikan lebih daripada 4,000 kes baru untuk hari kelima berturut-turut.

Kes di Kuala Lumpur merosot di bawah 1,000 untuk pertama kalinya dalam seminggu.

Sementara itu, 102 lagi kematian direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan korban seramai 6,260 orang.

Dalam perkembangan sama, 964 pesakit sedang dirawat di ICU dengan 452 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Status ringkas:

  • Jumlah kes sembuh: 5,041
  • Jumlah kumulatif: 747,338 (88.5%)
  • Jumlah kes baru:8,574
  • Jumlah kumulatif:844,870
  • Jumlah kes aktif:91,272
  • Kes local:8,534 (7,087WN, 1,447BWN)
  • Kes import: 40 (36WN)
  • Jumlah kematian: 102 (97WN)
  • Jumlah kumulatif:6,260(0.74%)
  • Jumlah kes di ICU:964
  • Pesakit Intubated:452



Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.