11,618 - kes baru terus catat rekod
Sebanyak 11,618 kes baru dicatatkan hari ini, merekodkan kes tertinggi dan lima angka untuk dua hari berturut-turut.
Jumlah keseluruhan kini sebanyak 867,567 kes.
Selangor terus merekodkan kes melebihi 5,000, dengan 5,051 kes. Angka ini yang kedua paling banyak selepas semalam (5,263).
KL mencatatkan jumlah tertinggi dengan 1,749 kes. Sebelum ini, angka tertinggi dicatatkan pada 6 Julai dengan 1,550 kes.
Begitu juga dengan Negeri Sembilan yang merekodkan jumlah tertinggi hari ini dengan 1,537 kes. Sebelum ini angka tertinggi dicatatkan pada 24 Februari dengan 1,392 kes.
Pecahan negeri (kumulatif):
Selangor - 5,051 (300,974)
KL - 1,749 (92,837)
Johor - 396 (76,037)
Sabah - 286 (73,136)
Sarawak - 289 (69,865)
Negeri Sembilan - 1,537 (55,756)
Pulau Pinang - 210 (37,294)
Kelantan - 236 (36,721)
Kedah - 504 (30,000)
Perak - 164 (29,771)
Melaka - 526 (23,135)
Pahang - 400 (17,183)
Terengganu - 189 (12,181)
Labuan - 38 (9,305)
Putrajaya - 40 (2,761)
Perlis - 3 (611)
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai