Skip to main
Logo Malaysiakini

Khidmat Radzi Jidin sebagai senator dilanjut hingga 2024

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Menteri Pendidikan Mohd Radzi Md Jidin sebagai senator dilanjutkan sehingga 2024, yang akan membolehkannya terus berkhidmat dalam kabinet.

Mohd Radzi, yang dilantik sebagai menteri pendidikan melalui pelantikannya sebagai senator, seharusnya tamat tempoh tiga tahun sebagai senator pada 16 Julai.

Menurut laman web Parlimen, Mohd Radzi akan dilantik semula sebagai senator untuk tiga tahun lagi.

Pelantikan semula itu akan berkuat kuasa pada 17 Julai dan akan berlangsung sehingga 16 Julai 2024.

Mohd Radzi yang juga naib presiden Bersatu, bertanding di kerusi Parlimen Ketereh pada pilihan raya 2018 tetapi dikalahkan oleh Annuar Musa dari Umno.

Dia dilantik sebagai senator pada 16 Julai 2018 dan menjadi timbalan menteri hal ehwal ekonomi di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Dia kemudian dilantik sebagai menteri kanan dan menteri pendidikan di bawah pentadbiran Perikatan Nasional, setelah Bersatu meninggalkan PH.

Sebelum menceburkan diri dalam politik, Mohd Radzi adalah pensyarah perakaunan forensik di University of Tasmania di Australia.