Piagam Rakyat akan kerjasama calon bebas, bertanding PRU15
Sebuah badan yang tidak yakin dengan konsep kepartian sedia bekerjasama dengan individu yang sedia bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Diberi nama sebagai Piagam Rakyat, inisiatif yang tidak bersekutu dengan mana-mana parti politik itu diketuai oleh peguam terkenal Haniff Khatri.
"Piagam Rakyat ini dipelopori oleh beberapa pihak sejak setahun lalu selepas melihat semakin kurangnya rasa yakin rakyat terhadap sistem parti dan mula mempertikaikan demokrasi yang diamalkan di negara ini.
"Rakyat tidak yakin dengan tindak-tanduk pemimpin politik yang mengkhianati kepercayaan pengundi termasuk melompat dari satu parti ke satu parti untuk kepentingan peribadi semata-mata.
"Maka, Piagam Rakyat ditubuhkan untuk mendidik masyarakat dan membina keyakinan terhadap calon bebas untuk mewakili mereka dengan lebih berkesan berbanding sistem kepartian yang diamalkan selama ini," katanya pada sidang media secara maya hari ini.
Haniff pernah dilantik sebagai penasihat undang-undang kepada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad bawah kerajaan Pakatan Harapan.
"Piagam Rakyat bukanlah sebuah parti politik. Hasratnya, adalah mendidik kami sendiri dan rakyat untuk memahami politik semasa serta rakyat menukar mentaliti terhadap calon yang bertanding.
"Sistem parti, semakin menjadi tidak berkesan kerana rakyat tidak berpeluang memilih pemimpin yang benar-benar berkaliber, tetapi terpaksa memilih berdasarkan parti.
"Piagam Rakyat sedia memberi fasilitasi, mengaturkan dan menjadi platform mencungkil bakat baru sebagai calon bebas mewakili rakyat di Dewan Rakyat," katanya.
Tambahnya, badan itu terdiri daripada pelbagai individu yang berlatar belakang pelbagai profesional, termasuk individu yang kini menjadi Adun.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai