Skip to main
Logo Malaysiakini

10,710 kes baru, rekod tertinggi 153 kematian

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan (KIKM) hari ini memaklumkan sebanyak 10,710 kes baru Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lalu.

Selangor terus menjadi negeri yang mencatatkan angka tertinggi iaitu sebanyak 4,828 kes.

Sementara itu Johor mencatatkan kenaikan ketara apabila sebanyak 808 kes baru dilaporkan, yang tertinggi sejak Februari lalu.

Kes baru di negeri itu menunjukkan trend peningkatan sejak 28 hari yang lalu.

Selain itu, Kedah juga menunjukkan peningkatan serupa.

Bagaimanapun Negeri Sembilan mencatatkan penurunan sedikit apabila sebanyak 771 kes baru dilaporkan berbanding lima hari sebelum ini yang mencatatkan empat angka.

Dalam pada itu, seramai 153 pesakit Covid-19 dilaporkan meninggal dunia hari ini. Ia merupakan rekod tertinggi kes kematian buat dua hari berturut-turut.

Kes aktif juga meningkat kepada 124,593 kes - menambah lagi tekanan terhadap sistem penjagaan kesihatan negara.

Berikut maklumat utama wabak Covid-19 hari ini:

  • Pesakit sembuh: 5,778
  • Kes baru: 10,710
  • Kes aktif : 124,593
  • Pesakit dalam ICU: 909
  • Pesakit perlukan bantuan pernafasan: 445
  • Kematian: 153 (jumlah setakat ini - 7,019)

Bilangan kes mengikut negeri

Selangor (4,828)
Kuala Lumpur (945)
Johor (808)
Negeri Sembilan (771)
Kedah (696)
Sabah (666)
Perak (407)
Pahang (369)
Pulau Pinang (295)
Melaka (289)
Sarawak (261)
Kelantan (146)
Terengganu (123)
Putrajaya (51)
Labuan (50)
Perlis (5)

Kematian

Terdapat 153 kematian hari ini, yang merupakan hari kedua berturut-turut rekod baru kematian dicatat. Semalam, 138 kematian dicatatkan.

Sebanyak 1,849 menjadi korban akibat virus Covid-19 sejak awal Julai.

Jumlah keseluruhan korban akibat wabak ini di Malaysdia adalah 7,019.

Lapan puluh dua kematian dicatat di Selangor diikuti oleh Kuala Lumpur (17), Negeri Sembilan (14), Johor (10), Kedah (8), Pahang (6), Melaka (5), Sabah (2), Pulau Pinang ( 2), Putrajaya (2), Terengganu (1), Sarawak (1), Kelantan (1), Perak (1) dan Labuan (1).

Kluster

Sebanyak 905 daripada 3,250 kluster masih aktif.

Untuk perbandingan, sebanyak 865 kluster aktif seminggu yang lalu.

Terdapat 17 kluster baru yang dilaporkan hari ini.

Sebanyak 10 daripada 17 kluster baru ini berkaitan dengan tempat kerja sementara lima adalah penularan dalam komuniti.

Perincian kluster baru adalah seperti berikut:

Industri Desa Aman
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Selangor
Daerah: Gombak dan Petaling
Jumlah yang dijangkiti: 46 daripada 99 disaring

Industri Jalan Klinik
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Selangor
Daerah: Klang
Jumlah yang dijangkiti: 67 daripada 452 disaring

Persiaran Pekeliling Bangi
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Selangor
Daerah: Hulu Langat
Jumlah yang dijangkiti: 17 daripada 62 disaring

Agathis
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Sabah
Daerah: Kalabakan
Jumlah yang dijangkiti: 33 daripada 84 yang disaring

Sri Sandau
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Sabah
Daerah: Kinabatangan
Jumlah yang dijangkiti: 11 daripada 88 disaring

Jalan Segambut Duta
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Kuala Lumpur
Daerah: Kepong
Jumlah yang dijangkiti: 39 daripada 60 disaring

Industri Jalan Usaha 12
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Melaka
Daerah: Melaka Tengah
Jumlah yang dijangkiti: 22 daripada 132 disaring

Dah Padang Temusu
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Kedah
Daerah: Kuala Muda dan Pendang
Jumlah yang dijangkiti: 36 daripada 72 disaring

Batu Enam Pandan
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Johor
Daerah: Johor Bahru
Jumlah yang dijangkiti: 12 daripada 74 disaring

Lorong MIEL Lundang
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Kelantan
Daerah: Kota Bharu, Machang dan Tumpat
Jumlah yang dijangkiti: 6 daripada 32 disaring

Jalan Bacang 30
Kategori: Komuniti
Negeri: Johor
Daerah: Johor Bahru
Jumlah yang dijangkiti: 15 daripada 82 disaring

Jalan Tasek Seri Alam
Kategori: Komuniti
Negeri: Johor
Daerah: Johor Bahru
Jumlah yang dijangkiti: 17 daripada 52 disaring

Jalan Denai Utama
Kategori: Komuniti
Negeri: Johor
Daerah: Johor Bahru
Jumlah yang dijangkiti: 14 daripada 31 disaring

Dah Kampung Kerchut
Kategori: Komuniti
Negeri: Kedah
Daerah: Kubang Pasu
Jumlah yang dijangkiti: 25 daripada 28 disaring

Pos Iskandar
Kategori: Komuniti
Negeri: Pahang
Daerah: Bera
Jumlah yang dijangkiti: 36 daripada 221 disaring

Tembok Tawau Dua
Kategori: Pusat Tahanan
Negeri: Sabah
Daerah: Tawau
Jumlah yang dijangkiti: 159 daripada 859 disaring

Batu Tiga Utara
Kategori: Kumpulan berisiko tinggi
Negeri: Sabah
Daerah: Sandakan
Jumlah yang dijangkiti: 20 daripada 20 disaring