Skip to main
Logo Malaysiakini

Covid-19: Balai Polis Durian Tunggal tutup sampai Khamis

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Balai Polis Durian Tunggal ditutup empat hari mulai 2 petang ini susulan beberapa anggota balai itu dijangkiti Covid-19, kata Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu.

Beliau berkata segala urusan termasuk pengeluaran permit rentas daerah atau negeri boleh dilakukan di Balai Polis Rumbia, Balai Polis Gadek, Balai Polis Machap Baru atau mana-mana balai berhampiran.

“Perkhidmatan polis kepada masyarakat di bawah pentadbiran Balai Polis Durian Tunggal seperti rondaan cegah jenayah tetap dijalankan seperti biasa melalui Kereta Peronda dan Unit Rondaan Bermotosikal serta elemen lain dalam Polis Diraja Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di Alor Gajah hari ini.

Beliau berkata masyarakat khususnya di bawah pentadbiran Balai Polis Durian Tunggal yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah di talian 06-5564153 /06-5566573 yang dibuka 24 jam.

- Bernama


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.