Skip to main
Logo Malaysiakini

N Sembilan mohon warga emas dibenar vaksin secara 'walk-in'

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Kerajaan Negeri Sembilan memohon pertimbangan kerajaan persekutuan untuk membenarkan semua warga emas berumur 60 tahun ke atas di negeri ini mendapatkan suntikan vaksin secara ‘walk in’ atau tanpa janji temu seperti dilaksanakan di Lembah Klang.

Exco Kesihatan S. Veerapan berkata ini susulan kes positif Covid-19 di negeri ini mencecah angka melebihi 1,000 kes setiap hari sejak 13 Julai lepas.

"Keadaan ini amat membimbangkan, justeru pada pendapat saya vaksin adalah satu-satunya jalan keluar dari pandemik ini," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Media melaporkan Operasi Lonjakan Kapasiti yang kini dilaksanakan di Lembah Klang akan diperluaskan ke kawasan utara di Negeri Sembilan, selatan Perak dan barat Pahang, sebagai tindakan segera menangani kenaikan kes positif secara mendadak di negara ini.

Hari ini, Negeri Sembilan merekodkan 1,340 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif wabak itu di negeri ini sebanyak 62,369 kes.

Bernama