Jangkitan Covid-19 di dewan bedah hospital UKM terkawal
Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menegaskan bahawa kes Covid-19 melibatkan Dewan Bedah hospital berkenaan ketika ini adalah terkawal.
Pengurusan HCTM UKM dalam kenyataan memaklumkan semua kakitangan mereka terutamanya petugas kesihatan sentiasa mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) sama ada di tempat kerja mahupun ketika berada di tempat lain.
“HCTM sangat prihatin terhadap peningkatan kes Covid-19 dalam kalangan petugas kesihatan ini dan akan sentiasa memantau perkembangan jangkitan kes Covid-19 dalam kalangan petugas kesihatan dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu dikeluarkan bagi menafikan penularan mesej di media sosial yang mendakwa terdapat jangkitan Covid-19 tidak terkawal di Dewan Bedah dan ia berpunca daripada ketidakpatuhan terhadap SOP terutamanya melibatkan pemakaian peralatan perlindungan peribadi (PPE).
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai