Skip to main
Logo Malaysiakini

12,366 jangkitan baru, angka kematian terendah sejak seminggu

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Sebanyak 12,366 jangkitan baru Covid-19 dilaporkan setakat tengah hari ini, menjadikan jumlah terkumpul 939,899 kes, maklum KKM.

Kes baru di Selangor sekali lagi melepasi 5,000, manakala Kuala Lumpur dengan 1,580 kes.

Kedah pula melaporkan 701 kes baru hari ini - kurang empat kes berbanding semalam yang merupakan angka tertinggi di negeri itu.

Sementara itu, Sabah mencatatkan 657 kes baru hari ini. Purata kes baru di negeri itu sejak tujuh hari lalu adalah 515 kes.

Ini bermakna ia tidak lagi mencapai kriteria untuk Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara - purata 479 kes baru untuk seminggu bagi negeri itu. Bagaimanapun kerajaan sebelum ini mengatakan negeri yang sudah masuk ke fasa itu tidak akan kembali ke Fasa 1 walaupun dengan peningkatan kes.

Berikut maklumat utama wabak Covid-19 hari ini:

  • Pesakit sembuh: 7,567
  • Kes baru: 12,366
  • Kes aktif : 133,703
  • Pesakit dalam ICU: 924
  • Pesakit perlukan bantuan pernafasan: 448
  • Kematian: 93

Kematian

Terdapat 93 kematian akibat Covid-19 yang dilaporkan hari ini. Ia merupakan jumlah terendah selepas lapan hari angka korban melepas 100 orang.

Daripada jumlah itu, 31 kes kematian dilaporkan di Selangor, disusuli Johor (16), Melaka (9), Kedah (8), Pahang (7), Pulau Pinang (5), Negeri Sembilan (5), Perak (2), Kuala Lumpur (2), Sabah (2), Sarawak (2), dan Terengganu (1).

Sepuluh pesakit meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital - iaitu lima di Kedah, tiga di Melaka, dan masing-masing seorang di Selangor dan Sabah.

 Kluster

Sebanyak 18 lagi kluster baru yang dikenal pasti hari ini, menjadikan jumlah kluster aktif pada masa ini sebanyak 920 kluster.

Jumlah kluster yang telah tamat setakat ini pula sebanyak 2,379 kluster.

Sebanyak 13 kluster baru dalam kategori tempat kerja, masing-masing dua kluster komuniti dan kumpulan berisiko tinggi dan satu kluster pusat tahanan.



Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.