Skip to main
Logo Malaysiakini

Lelaki maut dalam kebakaran tiga rumah di Kampar

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Seorang lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran membabitkan tiga rumah di Kampung Padang Tembak di Kampar, 40 kilometer dari Ipoh tengah malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak dalam kenyataan berkata mangsa yang maut dikenali sebagai Ahmad Busir Ghazali berusia 50-an, manakala isterinya Ngah Dimah Tamin, 60-an, dibawa ke hospital berdekatan kerana mengalami sesak nafas.

Kata jurucakap itu bomba menerima panggilan pada 11.48 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kampar dengan bantuan BBP Tapah digegaskan ke tempat kejadian.

"Kebakaran itu membabitkan tiga rumah berkeluasan 20x30 kaki persegi dengan rumah pertama mengalami kemusnahan sebanyak 90 peratus, rumah kedua 80 peratus dan rumah ketiga pula sebanyak 40 peratus.

"Bomba menggunakan dua aliran hos sepanjang 91 meter menerusi tangki jentera bomba dengan mengambil tindakan operasi pemadaman secara offensive dan defensive sehingga kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya kira-kira 3.33 pagi," katanya.

- Bernama