Tumpu suntik vaksin, bukan kod pakaian - persatuan perubatan
Tiada keperluan mengenakan peraturan pemakaian di Pusat Pemberian Vaksin, kata Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).
Presidennya Dr M Subramaniam sebaliknya menyarankan kerajaan menumpukan usaha menyuntik lebih banyak vaksin bagi membendung Covid-19.
Sebelum ini, dua PPV dilaporkan enggan melayan dua individu yang tidak mematuhi kod etika pemakaian.
Satu lagi PPV mengumumkan garis panduan itu di Facebook.
Bercakap kepada Malaysiakini, Subramaniam berkata peraturan sebegitu tidak diperlukan.
“Tidak patut ada sebarang kod pemakaian untuk urusan berkaitan kesihatan. Selagi mereka ada janji temu vaksin, mereka patut dibenarkan masuk.
“Keutamaan utama sekarang ialah memberikan vaksin kepada seramai mungkin. Ini bukan masanya tolak orang ramai,” katanya.
Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) sebelum ini memberitahu Malaysiakini mereka “memantau” kes itu, tetapi tidak menyatakan sebarang tindakan diambil.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai