Polis siasat protes doktor kontrak di HKL
Polis akan menyiasat protes doktor kontrak yang diadakan di Hospital Kuala Lumpur hari ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata tiada siapa dibenarkan berhimpun tanpa kebenaran ketua pengarah kesihatan.
Arahan itu melibatkan perhimpunan keagamaan, sosial, sukan, perkahwinan dan kebudayaan, tambahnya.
Ratusan doktor kontrak di seluruh negara hari ini menyertai kempen hartal atau mogok kerja, antaranya bagi menuntut penyerapan ke jawatan tetap.
Malaysiakini menganggarkan hampir 100 doktor kontrak menyertai protes itu di Hospital Sungai Buloh, kira-kira 50 orang di Hospital Kuala Lumpur dan sekitar 30 orang di Hospital Shah Alam.
Di Hospital Putrajaya, doktor terkemuka, Dr Rafidah Abdullah dan hampir 40 pegawai perubatan jabatan nefrologi menyertai protes itu.
Menurut penganjur, doktor-doktor kontrak di hospital di negeri lain seperti Kedah, Kelantan, Perak, Perlis dan Negeri Sembilan juga mengadakan protes serupa.
Protes di pusat kuarantin Covid-19 di Maeps, Serdang dibatalkan berikutan ancaman penahanan oleh polis.
Jumaat lalu, kerajaan menawarkan lanjutan kontrak kepada doktor kontrak sehingga empat tahun dan memberi jaminan faedah yang serupa dengan doktor tetap.
Kumpulan itu bagaimanapun menyifatkan jaminan itu sebagai "setengah masak".
Semalam, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah meminta doktor kontrak tidak menyertai protes dengan mengingatkan mereka pada sumpah jawatan.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai