10 ditahan ketika lepak di kebun getah, disyaki hisap dadah
Tindakan sekumpulan lelaki disyaki penagih dadah berkumpul di kawasan kebun getah di Kampung Sedong, Bunut Susu, Pasir Mas, semalam, membawa padah apabila kesemua mereka berjaya ditahan dalam satu serbuan pihak polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas,Assisten Komisioner Nasaruddin M Nasir berkata, pihaknya telah menerima maklumat awal daripada penduduk kampung berhubung altiviti di lokasi yang dijadikan sebagai sarang penagih itu.
Sehubungan itu katanya, pihak polis melakukan serbuan kira-kira jam 6.30 petang dan menahan 10 lelaki berusia dalam linkungan 27 hingga 50 tahun.
"Hasil pemeriksaan terhadap suspek tidak menjumpai sesuatu yang menyalahi undang-undang, namun ujian saringan air kencing mendapati kesemua mereka positif dadah jenis methamphetamine," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi, hari ini.
Nasaruddin berkata, suspek terlibat juga dikenakan kompaun atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan tidak memakai pelitup muka.
"Kami telah mengeluarkan kompaun kepada kesemua suspek mengikut Peraturan 16 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.
"Tangkapan pulan dibuat di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," jelasnya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai