Skip to main
Logo Malaysiakini

Anak syarikat SCIB terima kontrak EPCC bernilai RM138.5 juta

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Anak syarikat Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB), SCIB Industrialised Building System Sdn Bhd (SIBS) dan Sasoakai Resources Sdn Bhd telah menerima kontrak kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) bernilai RM138.5 juta.

Sasoakai Resources merupakan rakan usaha sama (JV) SIBS, demikian menurut SCIB dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Pada 5 Feb, 2021, ia berkata pihaknya memeterai perjanjian JV berkenaan penyelenggaraan kontrak kerja-kerja jalan raya di Terengganu secara konsesi untuk tempoh lima tahun bermula 1 Ogos 2021, hingga 31 Julai, 2026.

SCIB berkata kontrak yang diperoleh itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa depan kumpulan sepanjang tempoh kontrak.

- Bernama