Skip to main
Logo Malaysiakini

Enam lagi disoal siasat isu konvoi bendera hitam

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Hari ini adalah hari ketiga berturut-turut polis soal siasat individu yang berkaitan dengan konvoi bendera hitam Sabtu lalu, menjadikan jumlah yang disoal siasat 31 orang setakat ini.

Enam disoal siasat di balai polis daerah Brickfields pagi ini.

Peguam Rajsurian Pillai memberitahu Malaysiakini bahawa masing-masing yang disoal siasat diwakili oleh peguam termasuk dirinya sendiri, Selvaakumaran Subramaniam dan Nurul Hidayah Mohd Azmi.

Daripada enam yang disoal siasat hari ini, tiga telah hadir di balai polis semalam tetapi tidak disoal siasat ketika itu.

Mereka diminta untuk datang kali kedua hari ini untuk memberi keterangan.

"Itu membuang masa. Kerana mereka datang ke sini semalam tetapi (kenyataan) tidak direkodkan,” kata Rajsurian.

Mereka disoal siasat di bawah Seksyen 21A, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Mereka juga disiasat di bawah Peraturan 17 (1) Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021, yang merupakan ordinan darurat.

Tidak ada kompaun yang dikeluarkan atau individu yang ditangkap setakat ini.

Polis menyoal 14 orang pada hari Ahad, 11 orang semalam dan enam hari ini berkaitan dengan konvoi bendera hitam yang berlangsung di beberapa tempat di seluruh negara.

Acara ini dianjurkan oleh Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) menjelang tunjuk perasaan #Lawan di Dataran Merdeka Sabtu ini.