Skip to main
Logo Malaysiakini

IGP: Orang ramai jangan gusar, keselamatan negara terkawal

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan bahawa situasi keselamatan dan ketenteraman awam negara berada pada tahap terkawal.

Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani berkata orang ramai diminta tidak gusar kerana PDRM akan mempertingkat pemantauan bagi menjamin kesejahteraan masyarakat.

“Orang ramai juga dinasihat agar sentiasa mematuhi segala prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dalam menjalani kehidupan seharian sebagai usaha bersama untuk membendung penularan wabak Covid-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

-Bernama