Lebih 20 juta dos vaksin sudah diberi melalui Pick
Sebanyak 20,014,549 dos vaksin Covid-19 telah diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Pick) yang dimulakan sejak 24 Feb sehingga semalam, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba.
Dr Adham menerusi perkongsian infografik di Twitternya berkata daripada jumlah itu, sebanyak 13,500,479 merupakan suntikan vaksin dos pertama, manakala 6,514,070 lagi adalah dos kedua.
“Mengikut peratusan, 41.3 peratus daripada populasi negara telah mendapat dos pertama, sementara 19.9 peratus sudah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 mereka,” katanya menerusi hantaran itu.
Bagi vaksinasi harian pula, Dr Adham berkata sebanyak 512,097 dos diberikan semalam yang mana 315,737 adalah pemberian dos pertama, manakala 196,360 lagi dos kedua.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai