Skip to main
Logo Malaysiakini

17,150 jangkitan baru, kes empat angka di KL, empat negeri

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Sebanyak 17,150 kes baru Covid-19 dilaporkan setakat tengah hari ini, menjadikan jumlah terkumpul 1,130,422 kes.

Empat negeri dan Wilayah Persekutuan terus mencatatkan jangkitan harian empat angka melepasi 1,000 kes.

Lembah Klang terus merekodkan kes harian tertinggi dengan Selangor  6,326 kes dan Kuala Lumpur 2,086 kes.

Sementara itu, lonjakan jangkitan direkod di Kedah dengan 1,511 kes baru.

Johor merekodkan 1,045 jangkitan baru manakala Sabah 1,002 kes.

Wabak dilihat menular secara agresif di luar Lembah Klang.

Selangor, Kuala Lumpur, Kedah, Johor dan Sabah mencatatkan kes baru dalam empa angka.

Sebanyak 1,511 kes di Kedah dan 676 jangkitan baru di Pahang, yang masing-masing merupakan rekod tertinggi baru.

Lembah Klang menyumbang 49.47 peratus (8,484 kes) jangkitan tempatan baru.

Sebanyak 11,326 pesakit Covid-19 pulih hari ini tetapi jumlah itu diatasi oleh jangkitan baru, justeru menyumbang kepada peningkatan kes aktif.

Kes aktif: 195,273
Pesakit di ICU: 1,059
Pesakit memerlukan bantuan pernafasan: 531

Kematian

Terdapat 160 kematian hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kematian menjadi 9,184.

Separuh daripada kematian itu berlaku di Lembah Klang dengan 55 dicatatkan di Selangor dan 25 di Kuala Lumpur.

Kematian lain dicatatkan di Negeri Sembilan (14), Johor (14), Melaka (10), Kedah (10), Pahang (8), Sabah (7), Pulau Pinang (6), Kelantan (4), Perak (4 ) dan Terengganu (3).


Kes baru mengikut negeri:
Selangor (6326)
Kuala Lumpur (2086)
Kedah (1511)
Johor (1045)
Sabah (1002)
Negeri Sembilan (809)
Pulau Pinang (752)
Perak (693)
Melaka (686)
Pahang (676)
Sarawak (578)
Kelantan (459)
Terengganu (429)
Putrajaya (72)
Perlis (21)
Labuan (5)

Kluster

Sebanyak 1,116 daripada 3,702 kluster masih aktif. Ini termasuk 23 kluster baru yang dilaporkan hari ini.

Untuk perbandingan, terdapat 992 kluster aktif seminggu yang lalu.

Perincian kluster baru adalah seperti berikut:

Industri Jalan Gemilang Kluang
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Johor
Daerah: Kluang
Jumlah yang dijangkiti: 24 dari 89 disaring

Industri Tanjung Kulai
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Johor
Daerah: Kulai
Jumlah yang dijangkiti: 13 daripada 101 disaring

Jalan Tembaga Dua
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Johor
Daerah: Johor Bahru
Jumlah yang dijangkiti: 13 daripada 303 disaring

Jalan Angkasa Mas Utama
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Johor
Daerah: Johor Bahru
Jumlah yang dijangkiti: 14 daripada 127 disaring

Jalan Bertam Lima
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Johor
Daerah: Johor Bahru
Jumlah yang dijangkiti: 16 daripada 73 disaring

Industri Jalan Tunjong
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Kelantan
Daerah: Kota Bharu, Machang dan Tumpat
Jumlah yang dijangkiti: 6 daripada 15 disaring

Jalan Padang Tembak 2
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Kelantan
Daerah: Kota Bharu
Jumlah yang dijangkiti: 24 dari 41 disaring

MIEL Batang Kali
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Selangor
Daerah: Hulu Selangor
Jumlah yang dijangkiti: 22 daripada 106 disaring

Tapak Bina Jalan Impian Indah
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Kuala Lumpur
Daerah: Lembah Pantai
Jumlah yang dijangkiti: 428 daripada 771 disaring

Jalan Ong Yi How
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Pulau Pinang
Daerah: Seberang Perai Utara
Jumlah yang dijangkiti: 20 daripada 37 disaring

Industri Tanjung Bruas
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Melaka
Daerah: Melaka Tengah
Jumlah yang dijangkiti: 99 daripada 200 disaring

Kampung Tok Junuh Mahligai
Kategori: Komuniti
Negeri: Kelantan
Daerah: Bachok
Jumlah yang dijangkiti: 13 daripada 28 disaring

Kampung Jelutong Gunong
Kategori: Komuniti
Negeri: Kelantan
Daerah: Bachok
Jumlah yang dijangkiti: 16 daripada 51 disaring

Jalan Sultan Ibrahim
Kategori: Komuniti
Negeri: Kelantan
Daerah: Kota Bharu
Jumlah yang dijangkiti: 8 daripada 20 disaring

Kampung Quop
Kategori: Komuniti
Negeri: Sarawak
Daerah: Kuching
Jumlah yang dijangkiti: 19 daripada 50 disaring

Kandis Pantu
Kategori: Komuniti
Negeri: Sarawak
Daerah: Sri Aman
Jumlah yang dijangkiti: 6 dari 9 disaring

Tembidong Bidong
Kategori: Komuniti
Negeri: Sabah
Daerah: Telupid dan Beluran
Jumlah yang dijangkiti: 88 daripada 292 disaring

Jalan Patikang Ulu
Kategori: Komuniti
Negeri: Sabah
Daerah: Keningau
Jumlah yang dijangkiti: 17 daripada 24 disaring

Gerachi
Kategori: Komuniti
Negeri: Selangor
Daerah: Hulu Selangor
Jumlah yang dijangkiti: 29 daripada 44 disaring

Jalan Sejahtera Lapan
Kategori: Kumpulan berisiko tinggi
Negeri: Selangor
Daerah: Klang
Jumlah yang dijangkiti: 5 dari 23 disaring

Jalan Kerayong
Kategori: Kumpulan berisiko tinggi
Negeri: Kuala Lumpur
Daerah: Cheras
Jumlah yang dijangkiti: 47 daripada 50 disaring

Jalan Maktab 2
Kategori: Institusi Kementerian Pendidikan
Negeri: Selangor
Daerah: Sepang dan Hulu Langat
Jumlah yang dijangkiti: 25 dari 42 disaring

Pagar Pasir Puteh
Kategori: Pusat Tahanan
Negeri: Kelantan
Daerah: Pasir Puteh
Jumlah yang dijangkiti: 12 daripada 16 disaring


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.