Skip to main
Logo Malaysiakini

MB: Kedah tak terkesan Umno tarik sokongan PN, Muhyiddin

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Kerajaan Kedah tidak terkesan walaupun Umno menarik sokongan terhadap kerajaan PN dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor dipetik BH Online berkata kerajaan negeri pimpinan PAS masih mempunyai majoriti.

"Di Kedah tiada isu, PAS mempunyai 15 kerusi dan BERSATU memiliki enam kerusi, manakala Umno dua kerusi menjadikan kesemuanya 23 kerusi.

"Majoriti mudah kita perlu 19 kerusi sahaja, ia tidak memberi kesan kepada Kedah," katanya.

Pada Mei tahun lalu, PN membentuk kerajaan negeri di Kedah selepas mendapat sokongan 23 Adun, termasuk daripada Bersatu.

Sementara itu, PH memiliki 13 kerusi, iaitu PKR lima kerusi, Amanah empat kerusi, serta DAP dan Pejuang masing-masing dua kerusi.

Semalam, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi bahawa 11 ahli parlimen parti itu telah menarik sokongan mereka terhadap Muhyiddin dan surat akuan mereka telah diserahkan ke istana.

Pun begitu, Ahli Parlimen Umno, Zahidi Zainul Abidin mendakwa "kerajaan PN tetap utuh" walaupun lebih 10 ahli parlimen dari partinya menarik sokongan mereka terhadap Muhyiddin.

Ahli Parlimen Padang Besar itu bercakap kepada wartawan di Hotel Seri Pacific di Kuala Lumpur selepas pertemuan antara Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob bersama ahli parlimen Umno yang berpihak PN.

Pertemuan berkenaan berakhir kira-kira jam 2 pagi tadi.

Ismail Sabri tiba di hotel itu sekitar jam 12.30 pagi berikutan pertemuan terdahulu dengan Muhyiddin di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Pada Mei tahun lalu, PN membentuk kerajaan negeri di Kedah selepas mendapat sokongan 23 Adun, termasuk daripada Bersatu.

Sementara itu, PH memiliki 13 kerusi, iaitu PKR lima kerusi, Amanah empat kerusi, serta DAP dan Pejuang masing-masing dua kerusi.