Skip to main
Logo Malaysiakini

PAS tetap teguh bersama Muhyiddin, PN

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Ketika situasi politik negara penuh dengan tanda tanya, PAS bagaimanapun kekal tenang dan berdiri teguh di belakang Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu memandang serius perkembangan terkini kemelut politik yang sedang berlaku dalam kerajaan.

Bagaimanapun, jelasnya sebarang kenyataan mengenai pendirian PAS terhadap kemelut ini hanya akan dikeluarkan oleh Presiden Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan sahaja.

"Ketika ini, PAS menegaskan untuk terus mendukung kerajaan Perikatan Nasional dan kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin serta bersama-sama memberi tumpuan bagi menangani penularan wabak Covid-19 melalui strategi Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang sedang digerakkan kerajaan.

"PAS juga akan terus komited untuk membantu rakyat yang terkesan dalam menghadapi keadaan yang sukar ini.

"Justeru, diharapkan seluruh rakyat Malaysia bersabar dan memberikan kerjasama ke arah usaha menangani Covid-19," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Terdahulu, keabsahan majoriti kerajaan PN menjadi tanda tanya selepas Umno membuat keputusan menarik balik sokongan terhadap kerajaan dan Muhyiddin.