Mahkamah Persekutuan putuskan MKN sah
Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebagai sah.
Panel hakim melalui keputusan majoriti 5-2 menjawab secara negatif beberapa persoalan undang-undang berkaitan dengan keperlembagaan Akta Majlis Keselamatan Negara 2016.
Keputusan majoriti itu disampaikan oleh anggota hakim Mahkamah Persekutuan, Zaleha Yusof mewakili panel hakim yang membuat keputusan majoriti, iaitu hakim Zabariah Mohd Yusof, Hasnah Mohammed Hashim, Mary Lim Thiam Suan, dan Rhodzariah Bujang.
Keputusan menentang pula disampaikan oleh pengerusi Mahkamah Persekutuan, Vernon Ong Lam Kiat mewakili anggota panel lain iaitu hakim Harmindar Singh Dhaliwal.
Pada 11 Februari tahun lalu, Mahkamah Persekutuan enggan memutuskan permohonan ketua pembangkang Anwar Ibrahim untuk meneliti persoalan undang-undang mengenai keperlembagaan Akta MKN.
Namun pada 10 September tahun lalu, mahkamah tertinggi itu membenarkan permohonan semakan semula oleh Anwar terhadap keputusan terdahulu.
Antara persoalan yang diminta oleh Anwar untuk diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan adalah:
1.Adakah peruntukan undang-undang bertulis yang berikut iaitu Seksyen 12 Akta Perlembagaan (Pindaan) 1983, seksyen 2 Akta Perlembagaan (Pindaan) 1984, dan Seksyen 8 Akta Perlembagaan (Pindaan) 1994 adalah melanggar perlembagaan, batal dan tidak sah dan tidak memiliki kuasa, dengan alasan ia melanggar struktur asas Perlembagaan Persekutuan?
2.Adakah Akta MKN 2016 melanggar perlembagaan, batal dan tidak sah serta tidak memiliki kuasa?
[Baca berita penuh]
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai