Skip to main
Logo Malaysiakini

Berarak ke parlimen: Lima lagi MP selesai beri keterangan - Polis

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Lima lagi Ahli Parlimen pembangkang selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di Kuala Lumpur, semalam berhubung perarakan Ahli Parlimen pembangkang ke bangunan Parlimen baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Delihan Yahaya ketika dihubungi berkata mereka terdiri daripada Ahli Parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (Kulim-Bandar Baharu), Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena), Datuk Seri Salahuddin Ayub (Pulai) dan Gobind Singh Deo (Puchong).

Pada 4 Ogos lepas enam ahli parlimen pembangkang hadir ke IPD Dang Wangi untuk memberi keterangan, manakala semalam tiga lagi turut berbuat demikian.

Isnin lepas, ahli parlimen pembangkang cuba memasuki pekarangan bangunan parlimen bagi mendesak supaya sidang khas disambung walaupun ia telah ditangguhkan atas nasihat Kementerian Kesihatan berikutan penularan Covid-19.

Kumpulan itu kemudian bersurai tanpa sebarang kekecohan selepas diarahkan polis.

- Bernama