Skip to main
Logo Malaysiakini

19,257 kes baru, 210 kematian

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Setakat tengah hari ini sebanyak 19,257 kes baru Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 1,243,852 kes.

Empat negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merekodkan lebih seribu kes.

Lembah Klang masih merekodkan kes harian tertinggi, dengan 2,450 kes di Kuala Lumpur dan Selangor (7,084 kes).

Beberapa negeri menyaksikan lonjakan jangkitan dengan Kedah melaporkan 1,514 kes, Sabah 1,255 kes dan Johor 1,182 kes.

Perlis yang mula memasuki Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara pula mencatatkan rekod jangkitan harian 41 kes.

Sementara itu Kementeria Kesihatan juga memaklumkan sebanyak 202 lagi kematian dicatatkan hari ini, menjadikan angka korban kini sebanyak 10,389.

Berikut status utama wabak Covid-19 hari ini:

  • Pesakit sembuh: 16,323 (1,009,343 kes kumulatif)
  • Kes baru: 19,257 (1,243,852 kes kumulatif)
  • Pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU):1,097
  • Pesakit perlu bantuan pernafasan: 575
  • Kematian: 210

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

  • Selangor - 7,084 (458,450)
  • WPKL - 2,450 (138,521)
  • Johor - 1,182 (99,144)
  • Sabah - 1,255 (92,456)
  • Sarawak - 573 (80,747)
  • Negeri Sembilan - 884 (77,637)
  • Kedah - 1,514 (54,988)
  • Pulau Pinang - 959 (51,674)
  • Kelantan - 930 (48,563)
  • Perak - 774 (43,063)
  • Melaka - 414 (35,058)
  • Pahang - 714 (28,523)
  • Terengganu - 425 (20,098)
  • WP Labuan - 2 (9,709)
  • WP Putrajaya - 56 (4,415)
  • Perlis - 41 (806)


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.