Skip to main
Logo Malaysiakini

Dua wakil rakyat pembangkang bantu usaha vaksinasi bergerak

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Dua wakil rakyat pembangkang membuat inisiatif vaksinasi bergerak untuk mempercepat usaha vaksinasi Covid-19 di kawasan mereka terutama bagi golongan yang sukar bergerak ke mana-mana..

Anthony Loke, yang mewakili DUN Chennah dan Parlimen Seremban di Negeri Sembilan, dan Howard Lee yang mewakili kawasan Pasir Pinji di Perak masing-masing mengambil pendekatan itu.

Ketika dihubungi, Lee mengatakan inisiatif "Pinji Kita" akan dapat memberi 400 dos sehari dan memberi tumpuan kepada mereka yang mempunyai masalah untuk bergerak dan sukar dicapai.

Jurang digital dan kemiskinan, kata Lee, telah meminggirkan ramai golongan rentan daripada menerima vaksin. Oleh itu, inisiatif ini juga berfungsi sebagai usaha jangkauan, tambahnya.

Menurut Kementerian Kesihatan, Perak mempunyai peratusan orang dewasa terendah keempat yang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 iaitu pada kadar 46.6 peratus pada 6 Ogos, jauh di bawah kadar 65.6 peratus kadar negara.

Kata Lee, kerajaan mengambil pendekatan "tepat pada waktunya" untuk kesediaan penjagaan kesihatan, yang menurutnya tidak cukup ketika pandemik.

"Inilah sebabnya, walaupun berada dalam pembangkang, saya perlu turut serta menangani isu ini dengan mencuba nasib mendapatkan pusat vaksinasi bergerak," tambahnya.

 

Lee mendedahkan bahawa kos besar diperlukan untuk melaksanakan pusat vaksinasi bergerak, tetapi dia berencana untuk meneruskannya selama tiga bulan dan pendanaan awam adalah usaha yang berterusan.

Program "Pinji Kita" diberi panduan oleh Kementerian Kesihatan dan diselaraskan oleh anak syarikatnya ProtectHealth Malaysia.

Sementara itu, menurut seorang jurucakap dari pusat perkhidmatan DUN Chennah, inisiatif mereka dilakukan dengan kerjasama dengan Pasukan Petugas Imunisasi Covid-19 (CITF) cawangan Jelebu.

"Chennah adalah kawasan pilihan raya yang besar. Terdapat masalah mobiliti bagi mereka di kampung, termasuk komuniti Orang Asli.

"Kami bekerja dengan CITF untuk mengatasi hal ini," kata jurucakap itu, sambil menambah bahawa pasukan mereka mempunyai kapasiti 500 dos setiap hari.

Vaksinasi dilakukan oleh CITF sementara DAP Chennah mengatur logistik - bas, makanan, khemah dan sukarelawan.

Menurut jurucakap itu, kerajaan negeri - yang dikendalikan oleh Pakatan Harapan - menaja tempat awam untuk usaha vaksinasi.

Pada 6 Ogos, Negeri Sembilan menduduki tempat keempat dari segi orang dewasa yang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 dengan 77.5 peratus.

 

Walau bagaimanapun, Negeri Sembilan teruk dilanda penularan Covid-19 dengan kes harian baru terus meningkat sejak Mei.

Selain dari dua wakil rakyat itu, Malaysiakini memahami bahawa CITF juga telah meluluskan NGO untuk melakukan usaha jangkauan dan vaksinasi bergerak.

Pada 6 Ogos, 35.3 peratus penduduk negara telah menyelesaikan proses imunisasi Covid-19 mereka.