Skip to main
Logo Malaysiakini

Rekod baru 360 korban Covid-19 dalam sehari

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Seramai 360 orang menjadi korban terbaru akibat Covid-19 dalam tempoh 24 jam.

Jumlah itu adalah lonjakan yang ketara dari rekod sebelumnya (257) pada empat hari yang lalu.

Sebanyak 1,723 orang telah meninggal dunia akibat Covid-19 bulan ini setakat ini.

Kementerian Kesihatan juga melaporkan 18,688 kes Covid-19 baru.

Sabah dan Kedah mencatat rekod kes harian.

Kedua-dua negeri itu berada di belakang dari segi kadar vaksinasi satu dos, masing-masing pada 37.8 peratus dan 43.4 peratus.

Sehingga malam tadi, anggaran R-naught untuk negara adalah 1.08. Angka R-naught 1.00 ke atas menunjukkan bahawa penyebaran Covid-19 semakin pantas.

Selain Labuan, tidak ada tempat lain di negara ini yang memiliki nilai R-naught kurang daripada 1.00. R-naught yang tertinggi di Kelantan (1.25) dan Perlis (1.45).

Sebanyak 17,055 pesakit Covid-19 pulih hari ini tetapi jumlah itu masih diatasi oleh jangkitan baru, yang menyumbang kepada peningkatan kes aktif.

Kes kumulatif kini berjumlah 1,262,540.

Kes aktif: 225,393
Pesakit di ICU: 1,095
Pesakit memerlukan bantuan pernafasan: 571

Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini melaporkan 18,688 jangkitan baru, iaitu sedikit penurunan berbanding semalam (19,257).

Selangor dan Kuala Lumpur terus menjadi penyumbang utama angka kes harian.

Pada masa sama, Kedah dan Sabah mencatat rekod baru.

Selain Kedah dan Sabah, Johor merupakan satu lagi negeri yang menyumbang lebih 1,000 kes.

Kes baru dan jumlah keseluruhan berdasarkan negeri:

Selangor - 6,565 (465,015)
WPKL - 1,883 (140,404)
Johor - 1,308 (100,452)
Sabah - 1,379 (93,835)
Sarawak - 581 (81,328)
Negeri Sembilan - 1,140 (78,777)
Kedah - 1,610 (56,598)
Pulau Pinang - 694 (52,368)
Kelantan - 870 (49,433)
Perak - 861 (43,924)
Melaka - 526 (35,584)
Pahang - 602 (29,125)
Terengganu - 598 (20,696)
WP Labuan - 2 (9,711)
WP Putrajaya - 63 (4,478)
Perlis - 6 (812)

Kematian

Kematian baru 360 hari ini menjadikan angka kematian keseluruhan 10,749.

Sebilangan besar kematian berlaku di Selangor (221).

Baki kematian adalah di Kuala Lumpur (41), Melaka (20), Perak (17), Pulau Pinang (15), Johor (14), Kedah (7), Negeri Sembilan (6), Pahang (6), Sabah (5 ), Terengganu (5), Putrajaya (2) dan Kelantan (1).

Kluster

Sebanyak 1,213 daripada 3,938 kluster masih aktif. Ini termasuk 39 kluster baru yang dilaporkan hari ini.

Terdapat 97 kluster aktif yang lebih banyak berbanding seminggu yang lalu ketika 1,116 kluster aktif direkodkan.

Daripada 39 kluster baru, 18 berkaitan dengan tempat kerja sementara 15 adalah penularan komuniti.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.