Adun Umno Kelantan letak jawatan ahli lembaga pengarah Kesedar
Adun Gual Ipoh daripada Umno, Bakri Mustapha melepaskan jawatan ahli lembaga pengarah Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) berkuat kuasa serta-merta.
Dalam sidang media di Kota Bharu hari ini, Bakri berkata keputusan sebagai "solidariti" dengan pendirian dan keputusan yang dibuat oleh Umno untuk tidak lagi menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
"Saya sudah maklumkan peletakan jawatan ini kepada pengerusi Kesedar, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, semalam.
"Surat rasmi akan saya hantar selepas ini. Pengerusi menerima baik peletakan jawatan ini dan memahami keadaan yang dihadapi," katanya.
"Saya sayang kepada Umno. Presiden dan keputusan Majlis Tertinggi (MT) perlu diangkat dengan bermaruah. Insya-Allah Umno akan kembali pulih dengan solidariti (daripada ahli) seperti saya," katanya yang menyifatkan kini terdapat dua kem dalam Umno.
Susulan pengumuman Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi pada 3 Ogos lalu, berlaku siri peletakan jawatan oleh pemimpin Umno dalam pelbagai jawatan berkaitan kerajaan.
Setakat ini dua menteri yang telah meletakkan jawatan adalah Shamsul Anuar Nasarah (Menteri Tenaga dan Sumber Asli) dan Dr Noraini Ahmad (Menteri Pengajian Tinggi).
Antara yang telah meletakkan jawatan adalah naib presiden Mohamed Khaled Nordin sebagai pengerusi Boustead Holding Berhad; tiga ahli MT Abdul Rahman Dahlan (pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah), Razlan Muhammad Rafii (ahli Lembaga Pengarah Tabung Angkatan Tentera) dan Rosni Sohar (ahli lembaga pengurusan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional); serta Ketua Pemuda Umno Sabah Abdul Aziz Julkarnain (pengarah bebas dan bukan eksekutif Boustead Plantation Bhd) dan
Sementara itu Bakri berkata, keputusan itu dibuat dengan kerelaannya sendiri tanpa dipengaruhi pihak-pihak lain.
Malah katanya lagi, keputusan yang dibuat Ahmad Zahid dan MT Umno untuk menarik sokongan terhadap kerajaan PN dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin adalah langkah yang tepat.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai