Skip to main
Logo Malaysiakini

Pengarah Pusat Penilaian Covid-19 Hulu Langat meninggal akibat Covid-19

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Afizan Mohamad yang menerajui Pusat Penilaian Covid-19 Hulu Langat telah meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19.

Dia meninggal dunia selepas 13 hari dimasukkan ke unit rawatan rapi Hospital Serdang.

Persatuan Kesihatan Persekitaran (MAEH) menyampaikan ucapan takziah atas pemergian allahyarham.

Afizan Mohamad berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Kesihatan Persekitaran di Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat.

Dia antara petugas barisan depan yang menangani wabak Covid-19.

CAC menjadi tempat mengenal pasti pesakit yang memerlukan rujukan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) atau hospital.

Di CAC, pakar kesihatan akan menentukan tahap kategori jangkitan mereka dan memutuskan di mana mereka akan menerima rawatan - di rumah, pusat kuarantin berisiko rendah, atau hospital.

Jenazah Afizan selamat dikebumi semalam.

Semalam, kes kematian tertinggi Covid-19 direkodkan dalam sehari dengan 360 orang meninggal dunia.