Skip to main
Logo Malaysiakini

Hampir 20,000 kes baru Covid-19, korban keseluruhan lebih 11,000

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Jangkitan Covid-19 terus mencatatkan angka membimbangkan dengan hampir 20,000 kes harian direkodkan setakat tengah hari tadi.

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 19,991 kes dikesan dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan kini sebanyak 1,299,767 kes. 

Beberapa negeri terus mencatatkan peningkatan termasuk Kedah, Sabah, Johor dan Kelantan.

Sementara itu, 201 lagi kes kematian dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan korban 11,162 orang.

Seramai 1,096 pesakit sedang dirawat di ICU dengan 570 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Status ringkas:

  • Jumlah kes sembuh baru: 16,258 kes
  • Jumlah kumulatif kes sembuh: 1,057,843 kes (81.39%)
  • Jumlah kes baru Covid--19: 19,991 kes
  • Jumlah kumulatif: 1,299,767 kes
  • Jumlah kes aktif: 230,762 kes
  • Kes tempatan: 19,991 kes (16,563 WN ; 3,428 BWN)
  • Kes import: 0 kes
  • Jumlah kematian baru: 201 kes (163 WN ; 38 BWN)
  • Jumlah kumulatif kematian: 11,162 kes (0.86%)
  • Jumlah BID: 34 kes (13 WN ; 21 BWN)
  • Jumlah kes di ICU: 1,096 kes
  • Pesakit Covid-19 Intubated: 570 kes

Bilangan kes mengikut negeri:

Selangor -7,338 
Kuala Lumpur - 2,374
Kedah - 1,830
Sabah - 1,383
Johor - 1,344
Kelantan - 1,030
Perak - 953
Sarawak - 836
Negeri Sembilan - 564
Pulau Pinang - 743
Melaka - 578
Pahang - 539
Terengganu - 378
Labuan - 1
Putrajaya - 76
Perlis - 24 

[Berita penuh menyusul]