Polis selesai rekod keterangan KM P Pinang, MP Jelutong
Dua Ahli Parlimen pembangkang di Pulau Pinang selesai memberi keterangan kepada polis di George Town hari ini berhubung perhimpunan di Dataran Merdeka sebelum berarak ke bangunan Parlimen pada 2 Ogos lalu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata mereka ialah Ketua Menteri merangkap Parlimen Tanjong, Chow Kon Yeow dan Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer.
"Kami di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Timur Laut membantu merekodkan keterangan dua Ahli Parlimen tersebut bagi membantu pegawai penyiasat di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur, yang menjalankan siasatan kes tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Chow berkata sesi tersebut berlangsung selama 45 minit bermula jam 10 pagi bertempat di Pejabat Ketua Menteri di Komtar manakala Rayer pula hadir di IPD Timur Laut pada jam 9.45 pagi untuk beri keterangan.
Pada 2 Ogos lalu, Ahli Parlimen pembangkang cuba memasuki pekarangan bangunan Parlimen bagi mendesak supaya sidang khas disambung walaupun ia telah ditangguhkan atas nasihat Kementerian Kesihatan berikutan penularan Covid-19.
Kumpulan itu kemudian bersurai tanpa sebarang kekecohan selepas diarahkan polis.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai