Skip to main
Logo Malaysiakini

SPRM tahan pegawai kanan PBT di JB disyaki terima rasuah

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai kanan sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana disyaki menerima rasuah daripada kontraktor ketika berkhidmat di Majlis Bandaraya Iskandar Puteri Johor Bahru (MBIP).

Menurut sumber, individu itu merupakan seorang lelaki berusia 60 tahun dan kini bertugas di Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

“Beliau telah ditahan pada kira-kira 3 petang tadi di Pejabat SPRM Johor bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan dan nilai rasuah masih dalam siasatan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias, ketika dihubungi, mengesahkan perkara itu.

“Permohonan reman ke atas individu berkenaan akan dibuat esok di Mahkamah Majistret Johor Bahru,” katanya.

- Bernama